Thursday, November 1, 2012

Every Thursday

Yup! That's right. Every Thursday I'll be giving her a rose without any specific purpose. I just created "Happy Thursday" in our relationship just to cheer up her days in our busy students life. I've started this "Happy Thursday" since the very first week of this semester. So far, she loves it! (Well who doesn't? Dapat bunga kutt. LOL!) 



But I'm really sorry couldn't give you "Happy Thursday" rose for today since you're far away there and I'm here. (Cuti mid term. Nak buat lagu mana?) So as a substitute, this is for you. Happy Thursday! :)


Wednesday, October 31, 2012

Dr. Ah Soon

Here's my story...

Semalam, saya cuba buka kereta (Baby TT nama diberi) setelah beberapa hari ditinggalkan dek balik kampung. Tiba-tiba saya dapati Baby TT tidak berjaya dibuka. Jadi saya fikir, mungkin bateri kunci kereta ni sudah kong. Sebab bateri kunci spare yang satu lagi tu pun memang dah kong lama. So saya pun pergilah beli bateri baru untuk kedua-dua kunci itu. Setelah pulang ke rumah, saya cuba sekali lagi untuk membuka pintu Baby TT namun masih lagi tidak berjaya. Masih tiada bunyi alarm pintu yang dinanti-nantikan itu. Jadi, dengan rasa yang penuh hampa dan kecewa penuh kedukaan, saya pun menelifon Ah Soon, apek bengkel yang biasa saya telifon saat Baby TT ada masalah kesihatan. Doktor Baby TT la kononnya ni kan. Bulan 7 hari tu pun, Dr. Ah Soon ni jugak yang tukar bateri kereta kering si Baby TT ni. Habis terbang RM180. Takpelah. Demi Baby TT, saya sanggup (Padahal duit ibu. Memanglah sanggup. LOL! Thanks mom.)
 Jadi, awal pagi tadi, saya buat keputusan untuk menelifon Dr. Ah Soon untuk mendapatkan Baby TT rawatan yang diperlukan.

"Haaa? You apa hal?"
 "Tauke, ini macam. Semalam saya sudah cuba mau bukak itu kereta. Tapi itu alarm takde function. Sudah tukar itu bateri kunci pun masih tak boleh."
"You cuba bukak pakai kunci manual kasi tengok. Jangan pakai itu remote. You cuba."
"Oh! Itu macam ka? Sikalang saya cuba. You tunggu haaa."

*Dengan pasrah, saya menyeret kedua-dua belah kaki, berjalan ke luar rumah, untuk medapatkan Baby TT*

"Sudah bukak pintu pakai kunci manual tauke"
"Sikalang, you cuba on itu enjin. Boleh ka?"
"Tak boleh on tauke. Nothing happen."
"Ohhh. Saya rasa itu masalah bateri punya. Nanti pukul 12 lebeh saya sampai you punya tempat."
"Ok Tauke. Thank you thank you."


Walaupun nak dekat pukul 3pm baru munculnya apek bengkel ni, saya tetap rasa bersyukur sebab dia sudi datang melawat dan merawat Baby TT disini.Setelah analisis terhadap enjin Baby TT dilakukan, Dr. Ah soon masih buntu apakah punca penyakit sebenar si Baby TT ni. Dia kata, bateri kong. Tapi dia jugak cakap, kalau bateri ni masalah, mesti ada tunjuk dekat meter. Namun begitu, tanpa berfikir panjang, Dr. Ah Soon terus menukar bateri kereta yang baru TANPA SEBARANG CAJ.


-THE END-



Picture alert!

I think I really have to make this entry. Tadi tengah bosan-bosan, I scrolled old pictures in my Facebook photo albums. ANDDDD guess what I just found???


TADDDDAAAAA.........




I KNOW RIGHT???? LOL! This picture was taken by my beloved sister (Thanks yong! Walaupun memalukan. hahaha) I really don't know what happen masa ni but yang confirm saya tertidur. Hahahaha. Epic wei gambar macam ni. Rare sungguh! And look at that double chin. Awesome stuff! Gambar lama! Please note that. Hahaha. Whatever it is, good old memories should always be cherish. :')

Monday, October 29, 2012

Know the truth FIRST!

Kenapa kita (I said KITA including me myself) lebih mudah untuk memberi andaian bodoh sebelum tahu perkara sebenar? This post bukanlah nak cari pasal or pointing fingers but just rasa nak buat entry pasal benda ni sebab nak bercakap pasal isu ni. Just few hours back, I saw this tweet "I have no virgin and I'm proud. Thank you zharif for taking my virgin " by an Twitter account. (Tak perlu rasanya nak letak tweethandle dia disini) Based from her avatar (picture) and tweethandle (display nama), she's a girl. Well, that tweet memanglah sounds so stupid whatsoever. BUT! Think about it, even if you're in her shoes, would you tweet such thing? Mestilah tak kan? Sebodoh-bodoh "kiss and tell" people pun, they won't simply tweet such thing for god sake. 

Ni belum apa-apa lagi, ramai yang terus bash, herdik, caci maki dia by NOT KNOWING THE TRUTH BEHIND IT. Tak pasal-pasal ada yang cakap, "You deserve Hell!" bagai. Hamboi sedapnya mulut bagi neraka dekat orang. This seriously shows how typical some people can be. Judging without knowing the truth (Just like my previous entry pun ada cakap about judgmental people). Chill lah! Manalah tahu budak tu kena hacked ke, this is just a stupid lame pranks by her friends ke. Well, I'm not trying to choose side nor trying to make an issue here, just trying to share what I feel about this judgmental community that we have around us here. It's really unhealthy you know. Really not. Cuba kalau kena dekat batang hidung sendiri, pasti kita (AGAIN I'm using KITA including me) pun tak suka. 

Ok fine. Ada yang tanya, "Kalau betul dia yang tweet macam tu, macam mana?" Let's put it this way. Itu urusan dia dengan Tuhan. Kita hanya mampu MENASIHATI (bukannya MENCACI) dia. Itu sudah memadai. Dosa dia dengan Tuhan dan biar Tuhan yang menghukum dia, bukannya kita. That's my point of view. Thank you.

Sunday, October 28, 2012

Mari menjadi anak-anak harapan ibu bapa!

Hi! Hello! Assalamualaikum! Selamat hari raya Aidiladha to all.. Here's a video I would like to share. Yes. Sungguh mendalam bait-bait yang diungkap oleh Ustaz Don dalam video ni. Sama-samalah kita hayati....


Thursday, October 25, 2012

Sementara masih celik

Few days back, we had our class trip to Malaysian Association For The Blind (MAB). It was organized by our deary classrep, Tarmizi Hamid. To be honest, kami semua amat terkejut dengan infrastruktur bangunan itu sendiri. Ianya tersegam indah bagaikan sebuah bangunan pejabat untuk golongan-golongan maha kaya. Begitu mewahnya kelihatan bangunan ini. Serius lagi lawa dari bangunan fakulti kita (masscomm). LOL!
Namun siapa sangka bangunan yang tersegam gah ini menghunikan golongan kurang upaya penglihatan yang pasti amat memerlukan bantuan. 

Ketibaan kami di sambut penuh mesra oleh pihak MAB iaitu kak Siti (Seorang kurang upaya penglihatan juga). Kak Siti merupakan seorang Assistant PR di situ. Kak Siti adalah seorang bekas pelajar UiTM juga. Dulu kak Siti mengambil Performing Arts di UiTM Puncak Perdana. Itu membuatkan kami berasa begitu dekat dengan dia. Maklumlah, dari keluarga yang sama katanya. Jadi tidak hairanlah mengapa PR skills kak Siti begitu bagus sekali. Setibanya kami disitu, sarapan pagi telah siap menunggu di ruang makan. Setelah bersarapan pagi, kami di bawa ke dewan untuk taklimat bersama kak Siti juga beberapa lagi pegawai disitu. Mostly yang kerja situ pun adalah mereka yang kurang upaya penglihatan ini juga. Itu yang membuatkan kami benar-benar tersentuh. Melihat mereka yang begitu berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Dalam taklimat itu, barulah kami tahu yang sebenarnya MAB ini hanya berfungsi sebagai sekolah bagi orang-orang kurang upaya penglihatan ini dan bukannya menjadi rumah kebajikan untuk didiami mereka. Sekolah ini mengajar serta membimbing golongan ini untuk menjadi lebih berdikari. Bukan itu sahaja, mereka juga dilatih dari segi vokasional agar mereka boleh mendapat kerja di luar sana kelak. 

Setelah taklimat juga beberapa demonstrasi (bagaimana langkah yang betul untuk membantu orang kurang upaya penglihatan) di dalam dewan itu, Kami dibawa pula melawat seluruh kawasan sekolah. Apabila setibanya kami di perpustakaan mereka, kami telah ditunjukkan pelbagai alat bantuan pembelajaran yang begitu berteknologi untuk membantu mereka. Antaranya adalah, komputer-komputer yang boleh 'bercakap', kalkulator yang mempunyai suara, jam tangan yang ada tulisan braille dan macam-macam lagi. Di situ juga, kami dapat lihat hampir semua buku (baik buku pelajaran mahupun buku cerita/novel dan termasuk juga Al-Quran) yang menggunakan tulisan braille. Turut dilawati juga adalah beberapa bilik recording untuk merakam suara bagi membantu mereka mendengar apa yang sebenarnya terkandung di dalam penulisan sesebuah buku itu.

Setelah puas menjelajah ke seluruh bangunan, kami akhiri kunjungan kami dengan makan tengahari yang turut disediakan oleh pihak MAB di kantin mereka. Setelah usai semuanya, kami mengambil gambar di hadapan perkarangan bangunan dan akhirnya naik semula ke dalam bas kami. Terima kasih MAB kerana sudi menerima kunjungan kami!

Bagi mereka yang ingin menjadi sukarelawan yang ingin membantu golongan yang kurang bernasib baik ini, anda boleh datang terus ke sini, Kompleks MAB, Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Kuala Lumpur, atau boleh terus menghubungi mereka (Nombor ada dalam gambar bawah tu haa. Nampak kan? Bagus.) bagi membuat janji temu. Salah satu contoh bantuan yang boleh kita semua salurkan adalah dengan menjadi sukarelawan untuk merakam suara membaca buku-buku yang ada di perpustakaan mereka. Percayalah, mereka memerlukan bantuan juga sokongan kita!

"Awak semua ada kemungkinan besar untuk menjadi seperti kami, namun kami mempunyai peluang yang amat tipis untuk menjadi seperti awak semua" - Kak Siti.


Sementara kita masih celik, jawab soalan ini :

Mengapa perlu diutamakan rebat RM200 untuk smartphones yang ternyata barang kehendak, kalau tidak diutamakan RM800 untuk SATU software JAWS ( http://www.karishmaenterprises.com/JAWS.htm ) yang ternyata suatu keperluan bagi mereka?






For YOU!

ITS OUR ANNIVERSARY today! We've been together for 1 year 1 month already! Let's make it another 11 years shall we? hehe. Cannot sweet-sweet wish here, nanti my mom and your mom (who knows) baca. Malulah kita :p hahaha. Once again, Happy anniversary! <3

p/s - taknak letak your picture, nanti sir baca, lagilah segan. LOL!